fbpx

Hidup kian terhimpit selepas kudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozita (kiri) menerima kunjungan dari seorang kenalan ketika ditemui di Kampung Contoh Bagan Ajam, Seberang Perai baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Hidup seorang ibu tunggal terumbang-ambing selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat kencing manis hingga ­menyukarkannya mencari nafkah bagi menyara dua anak dan bapa tirinya yang menghidap penyakit kronik.

Wanita orang kelainan upaya (OKU), Rozita Ahmad, 47, berkata, selain kakinya dipotong pada 2017, dia juga menghidap masalah jantung berlubang.

Namun katanya, dia nekad mencari rezeki dengan menjual kerepek yang diletakkan di kedai-kedai sekitar kawasan rumahnya sambil dibantu anak perem­puan sulung yang berusia 13 tahun.

“Dalam keadaan mendapat RM300 sebulan sebagai jurujual bebas, saya perlu menjaga bapa tiri yang semakin uzur. Wang itu juga digunakan untuk menampung perbelanjaan seharian termasuk membayar bil elektrik dan air.

“Saya sering gusar apabila kekurangan wang untuk berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang tiga kali seminggu untuk mendapatkan rawatan selain tiada wang untuk membeli lampin pakai buang,” katanya ketika ditemui di Kampung Contoh Bagan Ajam di sini.

Menurut Rozita, walaupun ada jiran dan teman-teman rapat membantu, namun dia tidak mahu bergantung kepada mereka yang turut mempunyai komitmen masing-masing.

Tambahnya, dia mendapat bantuan Zakat Pulau Pinang
menerusi bapa tirinya, Yusof Omar, 76, sebanyak RM400 sebulan yang mempunyai masalah darah tinggi, saraf dan rabun kronik.

“Wang itu digunakan untuk membeli ubatan dan barangan keperluan sekolah anak terma­suk yang bongsu berusia 10 tahun,” katanya yang baru kehilangan ibu pada tahun lalu.

Ujar Rozita, faktor kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan mereka terpaksa mencatu makanan kerana mahu berjimat.

“Kalau ada lauk, adalah rezeki kami anak-beranak. Kalau tiada, apa boleh buat,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank milik Rozita 157112126099 atau menghubunginya di talian 017-423 7338.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI