fbpx

Farid Kamil harap keadilan penjagaan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA dan Farid ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Pelakon Farid Kamil mengharapkan keadilan dapat ditegakkan berhubung sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, hari ini.

“Saya harapkan keadilan dapat ditegakkan dan saya mengharapkan yang baik-baik sahaja. Insya-Allah,” katanya ringkas.

Terdahulu, Diana, 32, berbaju serba hitam tiba kira-kira pukul 9.11 pagi, manakala Farid yang memakai baju kemeja putih bersama pengurusnya, Azahari Hamid tiba seminit kemudian.

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan diri sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada pada 10 Mac lalu.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Beberapa hari sebelum melantik JKP, pada 24 Mac . Diana memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI