fbpx

Dukun ganda wang bunuh 12 pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mbah Slamet dan seorang lelaki dipercayai rakan sejenayahnya ditangkap pada Sabtu lalu kerana dipercayai membunuh pelanggan-pelanggannya di Jawa Tengah. - Foto Serambinews/TribunJateng/IST

JAKARTA – Seorang dukun ganda wang dikenali dengan sebagai TH alias Mbah Slamet Tohari membunuh seorang pelanggannya dengan menggunakan racun di Jawa Tengah, lapor portal berita Serambinews semalam. 

Penemuan mayat pelanggannya yang dikenali sebagai PO di hutan Desa Balun membongkar pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh dukun tersebut.

Terdapat 12 mayat sudah ditemukan, manakala Ketua Polis Banjarnegara, Hendri Yulianto menyatakan bahawa Mbah Selamat membunuh pelanggannya seorang diri.

Ketika pelaku membunuh PO, racun yang digunakan dicampur ubat penenang dan dimasukkan ke dalam air minuman, manakala PO dipecayai meninggal dunia kira-kira lima minit selepas minum racun tersebut.

Ketua Polis Polda Jateng, Sumy Hastry Purwanti menyatakan, 9 daripada 12 jasad pembunuhan itu telah diperiksa oleh pasukan forensik bahagian kedoktoran dan kesihatan Polis Jawa Tengah.

Enam daripada sembilan mangsa pembunuhan itu adalah lelaki dan tiga perempuan serta meninggal dunia sekitar 6 bulan hingga 24 bulan yang lalu.

Mbah Slamet ditangkap polis pada Sabtu lalu bersama seorang lelaki dipercayai rakan sejenayahnya di rumahnya.

Dia ditangkap selepas keluarga seorang pelanggannya menghubungi polis atas permintaan mangsa jika dia tidak pulang ke rumah pada 26 Mac lalu selepas menemui dukun berkenaan. – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI