fbpx

Daging Bakar Harimau Menangis pikat hati untuk berbuka di Sunway Resort Hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada juadah enak yang dihidangkan untuk berbuka puasa di hotel Sunway Resort Hotel.

PETALING JAYA – Menikmati hidangan berbuka puasa dengan pelbagai juadah unik, klasik dengan penuh nostalgia mengimbau kenangan lalu selain diserikan dengan sentuhan padang pasir di Sunway Resort Hotel pastinya bakal meninggalkan pengalaman terbaik kepada para pengunjungnya.

Bufet ramadan sehingga 21 April ini di Sunset Terrace, restoran baharu terletak di tingkat satu berdekatan kolam renang di hotel yang berada dalam lokasi strategik di Sunway dihias indah dengan konsep negara Arab berlatar belakangkan pokok kelapa, unta dan lampu-lampu yang menarik.

Pemandangan yang mendamaikan itu  bersesuaian untuk para pengunjung bersama keluarga, rakan dan orang tersayang menjamu selera dalam bulan Ramadan kali ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sunway Resort Hotel, para pengunjung boleh memilih untuk berbuka puasa menikmati juadah dalam restoran eksklusif tersebut atau berada di luar berdekatan dengan kolam renang.

Melalui gabungan kemahiran dan pengalaman Cef Afiq Matkhir bersama Mohamad Yatim Supaat dan Halid HM Burus, pelbagai hidangan juadah berbuka puasa dengan dibantu warga kerjanya mampu memenuhi selera pengunjung.

Menu tradisional dengan resipi nostalgia, Daging Bakar Harimau Menangis pastinya tidak harus dilupakan semua pengunjung kerana daging tersebut diperap dengan rempah ratus dan bahan mentah melalui resipi tersendiri milik Afiq, pasti memberi satu keterujaan untuk mencubanya terlebih dahulu berbanding juadah enak yang lain.

“Daging tersebut diperap selama 24 jam dan dipanggang perlahan selama lima jam melalui suhu yang rendah, pastinya ia lebih menyelerakan apabila dihidangkan dengan sos yang dibuat daripada campuran gula melaka, sos ikan,  ketumbar segar jus kalamansi dan juga bawang putih,” katanya.

Seperti biasa,  kambing golek yang menjadi juadah wajib untuk berbuka puasa tetap dihidangkan di restoran itu tetapi pastinya ia memiliki ciri kelainan berbeza kerana daging tersebut diperap dengan 25 pelbagai rempah dan dipanggang selama empat jam.

Bagi peminat makanan laut pula, bufet Ramadan di Sunset Terrace turut menawarkan hidangan Sotong Raja yang diperap dan bersesuaian dicecah dengan sambal Nonya.

Turut memberi kepuasan kepada peminat menu ayam pula adalah Ayam Pasu yang telah diperap dengan bahan rempah selama 24 jam dan dibakar menggunakan dapur arang.

Menu istimewa lain adalah sup ekor, soto ayam, teratak satay, lemang bakar dan ketupat yang digandingkan dengan rendang tok serta serunding.

Terdapat juga pelbagai pilihan nasi seperti nasi hujan panas, nasi minyak yang boleh dinikmati dengan asam pedas jenahak, ekor sambal lada, botok-botok udang, udang galah asam pedas dan juga nangka muda masak lemak selain ditawarkan dengan pelbagai pilihan sambal dan juga kerabu.

Pilihan menu makanan Cina, masakan India dan kuih muih tradisional, kek, biskut dan juadah pembuka selera juga turut mewarnai juadah berbuka puasa di hotel berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI