fbpx

Chelsea mula buru pengganti Potter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA giat mengenal pasti jurulatih mahupun pengurus untuk dilantik mengemudi kelab dengan tarikh tutup permohonan pada 12 April ini.

LONDON – Pengurusan ter­tinggi Chelsea memulakan langkah awal dalam usaha melantik pe­ngurus baharu dengan meletakkan senarai pendek lima calon utama untuk menggantikan po­sisi yang ditinggalkan oleh Graham Potter yang dipecat kelmarin.

Pemilik bersama skuad The Blues, Todd Boehly dan Behdad Eghbali dilaporkan telah menye­rahkan kuasa kepada pengarah sukan, Laurence Stewart serta Paul Winstanley untuk menjalankan proses temu duga dalam masa terdekat.

Difahamkan, pengurusan ter­tinggi Chelsea sangat berminat untuk menandatangani khidmat pengendali muda dari Jerman, Julian Nagelsmann yang baru dipecat oleh kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich pada minggu lalu.

Namun, Nagelsmann dilaporkan telah menolak tawaran tersebut kerana mahu berehat sehingga penghujung musim ini sebelum membuat keputusan rasmi mengenai masa depan kariernya dalam masa terdekat.

Selain Nagelsmann, dua lagi calon utama yang memiliki pe­ngaruh besar dalam bola sepak antarabangsa adalah bekas pe­ngendali Paris Saint-Germain (PSG) dari Argentina, Mauricio Pochettino yang masih bergelar ejen bebas ketika ini.

Malah, nama bekas jurulatih Barcelona dan Sepanyol, Luis Enrique juga dikaitkan ke Stamford Bridge selepas menyatakan minat untuk mengasah taring dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

Dua lagi calon yang kurang popular dalam kalangan peminat Chelsea seperti pengendali Napoli, Luciano Spalletti serta jurulatih Sporting Lisbon, Ruben Amorim juga diletakkan dalam senarai pendek oleh pihak pe­ngurusan.

The Blues sememangnya ter­de­sak untuk mendapatkan pe­ngendali baharu secepat mungkin memandangkan beberapa pasukan utama Eropah seperti PSG, Real Madrid dan Tottenham Hotspur turut merancang untuk merombak barisan kejurulatihan mereka musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI