fbpx

[VIDEO] Bukan soal menang kalah, tapi keadilan buat anak – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA Danielle tenang dan tersenyum saat ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

SHAH ALAM – “Ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu berlaku adil kepada anak-anak.”

Itu kata pelakon Diana Danielle, 32, berhubung sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Enggan mengulas secara terperinci, bintang Imaginur itu bagaimanapun berharap urusan penjagaan anak dapat diselesaikan dengan baik.

“Alhamdulillah sebutan hari ini berjalan dengan baik dan saya tidaklah mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik. Diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian,” katanya Kosmo! Online.

Mengulas mengenai keadaan Aurora yang baru-baru ini dilaporkan trauma, Diana juga menutup mulut bagi menjaga privasi anaknya.

“Alhamdulillah, saya melindungi privasinya. Saya tak mahu cakap banyak,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Diana berkata, hak penjagaan sementara yang diberikan kepada Diana dilanjutkan sampai 30 Mei.

“Peguam kedua-dua pihak sudah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan melalui mahkamah semua isu berkaitan mereka berdua. Nampaknya ada harapan sebab pihak sebelah lagi memberi kemahuan untuk berbincang.

“Jadi kami ada proses sulh pada 11 April depan, tapi sebelum itu insya-Allah kami akan berbincang dan kami akan rekod kalau ada persetujuan. Selepas itu, kami teruskan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Petaling Jaya.

“Sekarang ini hak penjagaan interim masih di lagi di bawah Diana, dan tadi hakim sudah bagi lanjutan hak penjagaan sampai 30 Mei. Kalau ada persetujuan lebih awal, kita akan mohon kepada mahkamah supaya kita boleh rekod dan bubarkan perlahwinan dengan cepat,” katanya.

Bertanya mengenai permintaan Muhammad untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman Farid di Kedah, Akberdin berkata, pihaknya akan berbincang terlebih dahulu sebelum memutuskan perkara tersebut.

“Kita sedang berbincang dengan peguam di sebelah sana dan kita akan pertimbangkan semua ini. Kita akan buat persetujuan setakat mana kita boleh seperti hak lawatan dan hak bawa pergi ke Kedah, kemudiannya kita akan buat perjanjian untuk perkara tersebut,” katanya.

Terdahulu, Diana dan Farid tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kali pertama kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya.

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan Diana adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Beberapa hari sebelum melantik JKP, pada 24 Mac . Diana memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI