fbpx

Bandar Gua Musang dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kawasan di bandar Gua Musang, Kelantan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama lebih satu jam hari ini.

GUA MUSANG – Hujan lebat selama satu jam setengah mengakibatkan beberapa kawasan di bandar ini dinaiki air dalam kejadian banjir kilat hari ini.

Air mula naik di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di Bandar Baru, persimpangan lampu isyarat berdekatan sebuah restoran makanan segera dan Taman Tropika di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Seorang pengguna jalan raya, Mohd. Nazri Mohamed, 40, berkata, hujan lebat turun secara berterusan selepas waktu zuhur tadi sehingga menyebabkan air hujan di dalam longkang bertakung sebelum melimpah ke atas jalan raya.

“Banyak kenderaan yang melalui kawasan tersebut terkandas disebabkan air hujan yang melimpah dan ada juga penunggang motosikal yang cuba meredah air dilihat terkandas di hadapan IPD Gua Musang,” katanya.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gua Musang, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, hujan masih berlaku di bandar Gua Musang sehingga pukul 3 petang dan kini dalam usaha menyelamatkan mangsa terkandas di kawasan sekitar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI