PUTRAJAYA – Lebih 1,000 mahasiswa, belia dan komuniti sukan diraikan pada majlis iftar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, hari ini.
Majlis iftar untuk hari ketiga di Kompleks Seri Perdana hari ini dihoskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hadir sama beberapa atlet negara termasuk pemanah, Mohd Juwaidi Mazuki dan atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi serta Bonnie Bunyau Gustin.
Terdahulu, Anwar turut meraikan 24 orang anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi, Selangor.- KOSMO! ONLINE