fbpx

Agong titah pertahankan masjid daripada jadi gelanggang politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah bertitah sebelum Majlis Pemasyhuran dan mengumumkan nama baharu Masjid Ar-Razzaq di Pasir Putih, Bachang, Melaka.-Foto oleh AMRAN MULUP/ KOSMO!

MELAKA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar umat Islam di negara ini terus mempertahankan institusi masjid daripada dijadikan gelanggang politik.

Menegaskan perkara tersebut Al-Sultan Abdullah bertitah, masjid perlu menjadi satu institusi yang cukup suci, mulia, dihormati dan dihargai serta menjadi contoh kepada agama-agama lain di negara ini.

Menurut baginda, institusi masjid tidak boleh menjadi tempat umat Islam berpecah-belah, sebaliknya harus dipelihara bukan sahaja dalam kalangan pemimpin tetapi juga kariah di
masjid berkenaan.

“Saya ingin ingatkan bahawa kita semua harus menghargai, menghormati dan menyayangi institusi masjid ini di Melaka dan di negara kita ini. Kita tidak mahu institusi masjid ini dijadikan tempat kita berpecah-belah, Nauzubillah!

“Kita semua harus menentukan keharmonian masjid ini tetap dipelihara oleh kita umat Islam bukan dalam kalangan pihak pemimpin semata-mata tetapi juga kariah masjid berkenaan,” titah baginda pada Majlis Pemasyhuran dan mengumumkan nama baharu Masjid Ar-Razzaq serta majlis berbuka puasa di Pasir Putih, Bachang di sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah, sejak dari awal institusi masjid diwujudkan di negara ini adalah bertujuan untuk memuliakan Islam sebagai agama rasmi kepada rakyat yang majoritinya beragama Islam.

Baginda juga mengingatkan kepada seluruh umat Islam menjelang dua minggu lagi sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri agar untuk terus meningkatkan amalan khususnya sepanjang Ramadan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI