fbpx

Agong, Permaisuri berkenan lawat bazar Peringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mencemar duli melawat bazar Ramadan Peringgit, Melaka.

MELAKA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Bazar Ramadan Peringgit di sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah tiba kira-kira pukul 4.45 petang dan disambut Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd. Rustam bersama isteri, Toh Puan Asmah Ab. Rahman serta Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Baginda berdua meluangkan masa hampir sejam dan berkenan membeli juadah berbuka puasa serta bermesra dengan pengunjung yang mengambil peluang berswafoto bersama.

Antara juadah berbuka puasa menjadi pilihan Seri Paduka berdua ialah seperti satar, otak-otak, kuih keria, martabak, roti jala dan puding karamel.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya dijadual berangkat menghadiri majlis pemasyhuran Masjid Ar-Razzaq dan majlis berbuka puasa di Pasir Puteh, Bachang di sini.

Terdahulu, Seri Paduka berdua berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam menggunakan pesawat khas pada 11.56 pagi tadi bagi memulakan lawatan dua hari ke Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI