fbpx

30 polis kepung suspek ugut lima tebusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan Wirut selepas 18 jam menawan tebusan di dalam rumah. - Facebook

BANGKOK – Seramai 30 anggota polis Thailand menahan seorang lelaki kerana menjadikan lima sekeluarga sebagai tebusan selama 18 jam di sebuah rumah di wilayah Samut Prakarn, Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam.

Setibanya di lokasi kejadian, pegawai dari Pejabat Polis Wilayah Samut Prakarn dan Balai Polis Bang Plee mengepung sebuah rumah di daerah Bang Plee untuk menekan suspek yang bernama Wirut supaya membebaskan tebusannya.

Mangsa tebusan merupakan ahli keluarga bekas ketua komuniti bernama Somchai Auphan. Polis pada awalnya berjaya menyelamatkan empat tebusan termasuk Somchai, ibu mentuanya, anak perempuan berusia 14 tahun dan seorang lagi anak. 

Bagaimanapun, Wirut masih menahan isteri Somchai dan mengugutnya dengan pisau. 

Suspek kemudian menghubungi seorang rakan wanitanya dan meminta agar membawa air pada pukul 7.30 pagi (waktu tempatan). 

Polis bekerjasama dengan wanita itu untuk meletakkan ubat bius di dalam air tersebut sebelum dihantar kepada suspek. 

Sebelum Wirut tertidur, dia melemparkan sebutir bom tangan untuk menakutkan polis. Tindakan itu memaksa polis memecah masuk bangunan dan menggunakan pistol perenjat elektrik untuk menyelamatkan tebusan yang tertinggal.

Seorang anggota polis mengalami luka kecil pada buku lali semasa membantu tebusan. Tebusan itu pula mengalami kecederaan ringan akibat terkena pisau.

Somchai memberitahu polis bahawa Wirut merupakan bekas majikannya yang baru meletak jawatan kerana hutang judi. Suspek datang ke rumahnya secara tiba-tiba mengambil pisau dan mengancam ahli keluarganya.

Walaupun ditahan, Wirut enggan mendedahkan motif jenayahnya kepada polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI