fbpx

Peniaga, 3 pelanggan dicekup jual beli nasi bungkus waktu pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa Jaheaik dan MDTM merampas makanan yang dijual di sebuah premis di Kampung Belimbing, Tanah Merah, hari ini.

TANAH MERAH – Seorang peniaga dan tiga pembantunya dicekup selepas dipercayai menjual nasi bungkus kepada tiga individu yang tidak berpuasa di premisnya di Kampung Belimbing, di sini hari ini.

Serbuan itu dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) dan anggota penguat kuasa Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaheaik, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, selain peniaga dan tiga pembantu kedai, pihaknya turut menahan tiga lelaki yang dipercayai pelanggan yang membeli nasi bungkus di premis tersebut.

Menurutnya, anggota penguat kuasa Jaheaik dan MDTM melakukan serbuan di kedai makan itu selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai jualan nasi bungkus pada waktu pagi.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Jajahan Tanah Merah sebelum diberikan jaminan untuk hadir ke mahkamah.

“Peniaga dan tiga pekerja wanita yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 iaitu tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Mohd. Fadzuli, seksyen itu memperuntukan hukuman denda RM2,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Katanya, tiga lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu pula ditahan mengikut Seksyen 52 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

“Tujuh individu yang ditahan itu dibebaskan dengan bon jamin oleh seorang penjamin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI