KUALA LUMPUR – Pelaburan terbesar yang pernah dicapai oleh negara iaitu sebanyak RM170.07 bilion dari China akan mewujudkan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak seperti pelaburan lalu, pelaburan kali ini akan memastikan peluang pekerjaan diberi kepada rakyat Malaysia.
“Tentang pekerjaan yang disebut oleh syarikat-syarikat adalah 35,000, tetapi saya tidak fikir 35,000 ini akan berlaku serta merta. Peringkat awal diperlukan Proton 1,500.
“Syarikat-syarikat lain belum menyebut tentang jumlah pekerjaan. Saya minta syarikat ini pastikan ambil anak-anak tempatan dan kedua sediakan program latihan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE