fbpx

China bincang cadangan Anwar tubuh Tabung Kewangan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Kerajaan China akan membincangkan tentang cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Tabung Kewangan Asia (AMF).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mencadangkan perkara itu pada Forum Boao di Hainan semasa lawatannya ke negara berkenaan, baru-baru ini.

“Dalam persidangan di Hainan saya keluarkan usul secara terbuka tentang AMF. Kita hanya bergantung kepada dolar Amerika Syarikat (AS) atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Bila saya lontarkan itu, saya tertarik sebab Presiden Xi Jinping kata beliau merujuk kepada cadangan Anwar dan akan sambut untuk dibincangkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI