fbpx

Tuchel raih kemenangan pertama bersama Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL enggan meraikan terlalu awal kejayaannya memandangkan masih banyak kelemahan serta kekurangan yang perlu diperbaiki oleh barisan pemain Bayern. – AFP

MUNICH – Jurulatih baharu Ba­yern Munich, Thomas Tuchel memulakan aksi pertama dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan besar 4-2 ke atas Borussia Dortmund dalam sai­ngan Bundesliga di Allianz Arena awal pagi semalam.

Tuchel yang dilantik sebagai jurulatih baharu selepas pemecatan mengejut pengendali terdahulu, Julian Nagelsmann berjaya mengemudi pasukan tersebut kembali ke persada liga dengan 55 mata, dua mata me­ninggalkan Dortmund.

Meskipun berjaya mengutip tiga mata, namun beliau enggan meraikannya kerana masih ba­nyak kelemahan serta kekura­ngan yang perlu diperbaiki oleh barisan pemainnya bagi mendapatkan aksi sempurna.

“Masih banyak kelemahan serta ruang yang boleh diperbaiki. Bagi saya, tidak ada sesiapa yang boleh terlalu gembira dengan kemenangan ini kerana kelemahan masih ketara dalam pasukan.

“Kami mendapat keyakinan ketika menjaringkan gol pertama dan berjaya mendahului 3-0 pada awal permainan. Bagaimanapun, ia tidak seperti diharapkan apabila kami gagal menjadi pasukan dominan,” katanya.

Pada perlawanan itu, Bayern meledak empat gol menerusi dua jaringan Thomas Muller serta masing-masing satu gol Kingsley Coman serta gol sendiri Gregor Kobel, manakala Dortmund memperoleh gol menerusi Emre Can dan Donyell Malen.

“Secara jujur, saya agak gementar hari ini (semalam) kerana pelantikan ini adalah secara tiba-tiba. Ia berlaku sungguh cepat dan tanpa sedar saya berada di sini sedang mengemudi Bayern,” ujar Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI