fbpx

Syarat utamakan pekerja tempatan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Bersama Warga Kerja JPM di Putrajaya hari ini. -Foto FAISOL MUSTAPA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Hasrat beberapa syarikat terkemuka dari China untuk menjadikan Malaysia sebagai hub serantau pelaburan mereka dilihat memberi lonjakan imej baharu dan meningkatkan keyakinan pelaburan asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya amat mengalu-alukan minat negara itu memilih Malaysia, namun perlu mematuhi beberapa syarat yang iaitu mengutamakan pekerja tempatan di sini.

Perdana Menteri berkata, ia merupakan satu perubahan baharu berbanding amalan biasa pelaburan syarikat China di negara ini apabila seluruh pekerjanya datang dari negara tersebut.

“Jadi, saya usulkan mesti ambil orang tempatan yang mempunyai kelayakan. Kalau dikenal pasti tidak ada tenaga cukup, maka kita akan luluskan segera dengan syarat dia buktikan ada usaha mengambil anak-anak tempatan.

“Jika tidak ada yang berkelayakan, mereka perlu wujudkan pasukan pelatih iaitu memberi latihan kepada anak tempatan kerana ia merupakan pelaburan puluhan bilion seperti minyak dan gas, bidang farmaseutikal selain Geely-Proton.

“Dalam perbincangan saya dengan mereka dan syarikat tempatan Proton, dipersetujui diadakan program latihan khusus untuk menentukan pemilihan anak-anak tempatan dengan unjuran satu ke dua tahun sebelum membuka ruang kepada pegawai profesional dari negara China jika tidak ada yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Bersama Jabatan Perdana Menteri di sini tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI