fbpx

Ribut petir di 7 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tujuh negeri pagi ini.

MetMalaysia pada hantaran Facebook memaklumkan, ia melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

“Kawasan yang terlibat di Kedah (Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), manakala Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Manjung).

“Terengganu (Kemaman), Pahang pula (Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jempol), seterusnya Johor merangkumi kawasan (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” kata hantaran itu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI