fbpx

Ratu cantik tiba di hotel dengan tunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuthida "Ninew" Sarathana tina di Hotel Swissotel dengan menunggang teksi motosikal di Bangkok hari ini. - Foto The Nation Thailand

BANGKOK – Seorang peserta ratu cantik Miss Grand Rayong menjadi topik hangat netizen di media sosial pada hari ini  apabila dia muncul untuk menyertai aktiviti prapertandingan itu dengan menunggang sebuah teksi motosikal.

Menurut portal berita The Nation Thailand, pengguna Facebook, Pakaii Pitirat menyiarkan gambar Miss Grand Rayong, Anuthida “Ninew” Sarathana yang tiba di Hotel Swissotel di Jalan Ratchadapisek, Bangkok dengan menunggang sebuah teksi motosikal,  manakala pemilik motosikal menjadi pemboncengnya.

Gambar itu dikongsi dan disukai ramai netizen apabila lebih 3,000 pengguna Facebook menyatakan dia pasti tergesa-gesa untuk  sampai ke destinasi tersebut.

Peringkat akhir Miss Grand Thailand 2023 akan diadakan di Show DC Hall, Bangkok pada 29 April depan.

Peserta dari semua 77 wilayah dikehendaki hadir di hotel itu pada hari ini untuk mendaftar bagi pertandingan itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI