fbpx

Permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP bermula Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah 8.1 juta ahli KWSP telah memohon sekurang-kurangnya satu daripada empat pengeluaran khas berkaitan Covid-19. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak boleh mula memohon kemudahan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan, yang dinamakan sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 bermula Jumaat ini.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, Fasiliti Sokongan Akaun 2 akan dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Semasa Fasa 1, yang akan bermula pada 7 April 2023 dan kekal dibuka selama setahun, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian.

“Tarikh mula untuk Fasa 2 untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut KWSP, jumlah pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

“Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh bank-bank yang mengambil bahagian di bawah program ini adalah antara empat hingga lima peratus, lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu lapan hingga 15 peratus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI