fbpx

Pencarum KWSP luah rasa tidak puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meluahkan rasa tidak puas hati berhubung Fasiliti Sokongan Akaun 2 yang diperkenalkan bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Tinjauan Kosmo! menerusi Facebook KWSP, rata-rata pengguna media sosial menyuarakan ketidakpuasan itu sekali gus mengharapkan kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan mereka.

Malah, ada juga yang cuba untuk tidak menaip komen melepaskan kemarahan kerana memikirkan sedang mengerjakan ibadah berpuasa serta mahu bersabar.

“Kalau inilah hasil perbincangan dan terperinci, memang dah nampak sangat kerajaan sekarang tidak mengambil berat tentang kesusahan rakyat dan tidak menyebelahi nasib rakyat. Tapi cuba mendorong pencarum berhutang dengan bank hanya kerana mahu mengeluarkan duit KWSP sendiri,” kata Tony Rynne.

“Kebanyakan rakyat dah berhutang dengan bank, mesti nama dah ‘blacklist’. Macam mana nak pinjam di bank, mestilah bank ‘reject’,” kata Miki Yeoh.

“50 tahun? Yang terdesak tertunggak umur 30-an pun tengah perit. Mudahkanlah urusan ya Allah,” kata Roger D. Merah.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, pencarum KWSP yang layak boleh mula memohon kemudahan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan, yang dinamakan sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 bermula Jumaat ini.

Menurut kenyataan KWSP, Fasiliti Sokongan Akaun 2 akan dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sehubungan itu, perincian mekanisme serta syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 telah dikongsikan KWSP menerusi laman sosialnya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI