fbpx

Muat naik video terkini di aplikasi media sosial pertama Malaysia, ‘Vortecx’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Danial Sarifuddin.

PETALING JAYA – Pengguna media sosial kini boleh berkongsi skandal, gosip, bencana alam dan hiburan dalam format video dan artikel di aplikasi media sosial baharu milik Malaysia dikenali sebagai ‘Vortecx’.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Vortecx, Danial Sarifuddin berkata aplikasi Vortecx menumpukan kepada aktiviti harian seperti berita, hal ehwal semasa dengan membolehkan pengguna memuat naik kandungan dalam format video.

“Sebagai contoh jika anda dalam perjalanan ke satu tempat mesyuarat di Kuala Lumpur dan ternampak kemalangan atau kejadian jenayah di kawasan persekitaran, anda boleh merakamkannya kemudian memuat naik ke Vortecx.

“Aplikasi ini memberi kesedaran kepada masyarakat apa yang berlaku di sekeliling kerana mereka akan mengetahui berita dan cerita terkini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Danial, Vortecx yang merupakan aplikasi media sosial yang pertama di Malaysia akan turut memberikan hadiah kepada para pengguna yang memuat naik video-video relevan.

“Disamping itu, kami juga akan memberikan ‘referral fee’ untuk mereka yang mengajak pengguna lain menggunakan aplikasi ini,” ujarnya.

Aplikasi yang baru dilancarkan pada bulan ini boleh dimuat turun oleh para pengguna telefon android di ‘playstore’ manakala pengguna iPhone boleh memuat turun dalam masa tiga bulan lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI