fbpx

Mogok doktor kontrak tidak jejas operasi di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Kempen Mogok Doktor Malaysia yang bakal diadakan selama tiga hari bermula hari ini dikatakan tidak menjejaskan perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan di Pulau Pinang.

Exco Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, kesemua perkhidmatan kesihatan awam di negeri ini berjalan seperti biasa.

“Setakat pagi ini, perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan berjalan seperti biasa. Semua pihak sedang memantau perkara ini dengan rapi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mogok Doktor Malaysia yang langsung selama tiga hari bermula hari ini akan menjejaskan operasi di hospital dan klinik kesihatan kerajaan sekiranya lebih 8,000 doktor kontrak tidak hadir bertugas.

Jurucakap Mogok Doktor Malaysia memberitahu, tiada demonstrasi atau tunjuk perasaan akan diadakan sebaliknya doktor kontrak tidak akan hadir bertugas iaitu merupakan satu-satunya tindakan mogok dijalankan pihaknya selama tiga hari sehingga Rabu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di Hospital Pulau Pinang (HPP) juga mendapati operasi di hospital berkenaan juga berlangsung seperti biasa hari ini.

Bagaimanapun, pesakit yang mendapatkan rawatan mendakwa waktu pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan melebihi tempoh yang biasa hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI