fbpx

Luahan Pembaca: Wanita seksi di bazar Ramadan ‘seksa’ iman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung wanita diminta menjaga akhlak dan pakaian ketika berkunjung ke bazar Ramadan. – Gambar hiasan

Ramadan 2023 sedang kita lalui dengan cabaran tersendiri. Selain harga barang mentah naik, Ramadan turut menuntut umat Islam bersedia menghadapi ujian fizikal dan mental.

Ujian dari segi mental termasuk kawalan sikap, hati-hati bila berbicara, serta pandangan mata.

Di bazar Ramadan misalnya, masih terdapat wanita-wanita Islam yang berpakaian tidak sopan yang memberi godaan mata kepada kaum Adam.

Tidak bertudung, memakai skirt, seluar sendat dan baju menampakkan bahagian dada dan lain-lain lagi.

Pastinya jika golongan lelaki tidak mengawal pandangan, ibadat puasa yang dilalui akan terjejas. Maka ketika umat islam mengejar kualiti puasa, masih terdapat segelintir yang hanya mendapat lapar, dahaga dan penat sepanjang hari.

Saya sendiri sebagai kaum Adam tidak singgah di Bazar Ramadan kerana bimbang dengan cabaran tersebut yang menuntut kawalan kendiri.

Selain tidak suka suasana bersesak, tambahan pula kehadiran ke Bazar Ramadan menyebabkan saya mudah rambang mata.

Tulisan ini untuk mengingatkan pembaca yang beragama Islam agar sama-sama mengawal mata semasa singgah di Bazar Ramadan.

Kepada kaum hawa, saya menyarankan kepada anda supaya berpakaian dengan imej muslimin sebenar bukannya mempromosi gaya hidup ala Barat.

Geng Tarawih
Kuala Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI