PLOT twist! Mengejutkan ramai, pelakon The Glory iaitu Lim Ji-yeon dan Lee Do-hyun sah bercinta.
Perkara tersebut didedahkan media eksklusif Dispatch yang memuat naik bukti berupa beberapa keping gambar pasangan itu meluangkan masa bersama.
Pasangan itu juga pernah dirakam meluangkan masa di luar kediaman Do-hyun pada Disember tahun lalu.
Rata-rata peminat nyata terkejut kerana dalam The Glory, watak lakonan Do-hyun berpasangan dengan Moon Dong-eun (Song Hye-kyo). Ji-yeon pula menjadi watak pembuli Dong-eun.