fbpx

LBS Foundation sumbang RM500,000 pada mangsa gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Hock San (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Amran Mohamed Zin (kiri) sambil diperhatikan Zambri.

PETALING JAYA – LBS Foundation (LBSF) telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada mangsa gempa bumi yang telah melanda Turki dan Syria.

Gempa bumi dengan magnitud 7.2 skala Richter melanda wilayah Van di bahagian Timur Turkiye pada 28 Februari lalu telah mengakibatkan pelbagai kerosakan besar, kehilangan nyawa dan tempat tinggal.

Menurut Lembaga Pemegang Amanah LBS Foundation, Tan Sri Lim Hock San berkata, sumbangan ini dilakukan bagi meringankan beban mangsa gempa bumi.

“Kami turut bersedih dengan tragedi yang telah berlaku di Turki dan Syria, dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga berasa tanggungjawab untuk memberi bantuan dan sokongan kepada penduduk Turkiye dan Syria pada saat mencabar ini.

“Kami sedar kewajiban kami untuk menyokong sebarang bantuan dan menghuluran sokongan kepada (mereka),” ulasnya.

Sumbangan itu dilakukan menerusi Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBLKN) yang diserahkan oleh Lim Hock San kepada Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Untuk rekod, LBS Foundation sebelum ini pernah menyumbang beberapa bantuan seperti Covid-19 sebanyak RM 1 juta serta bantuan banjir di Pahang sebanyak RM50,000. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI