fbpx

Harry Styles cuma ‘mainan’ Emily Ratajkowski?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMILY Ratajkowski dan Harry Styles.

SEPERTI diketahui ramai pihak, penyanyi Harry Styles kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan rapat dengan pelakon dan juga model jelita, Emily Ratajkowski.

Foto mereka sedang berciuman ketika berada di Tokyo, Jepun baru-baru ini menguatkan lagi andaian bahawa Styles dan Ratajkowski tidak main-main dalam berhubungan.

Bagaimanapun, timbul cerita tidak enak apabila seorang sumber kepada wanita berusia 31 tahun itu mendakwa, Ratajkowski bukanlah seorang wanita yang baik kerana dia dikelilingi dengan ramai lelaki.

Malah, bekas isteri kepada Sebastian Bear-McClard itu juga dikatakan sebenarnya tidak serius untuk menjalinkan hubungan cinta bersama Styles.

“Dia (Ratajkowski) sebenarnya lebih suka menjalani kehidupan solo tanpa serius dengan mana-mana lelaki.

“Mungkin perasaan Styles sedang dipermainkan,” kata sumber tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI