DUNIA hiburan Hollywood kini sedang hangat dengan khabar percintaan semula antara pasangan penyanyi Selena Gomez dan Zayn Malik.
Menambahkan keyakinan, kedua-dua mereka dilihat bersama-sama meluangkan masa ketika berada di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Pada masa sama, media antarabangsa juga tertarik untuk mengetahui perasaan bekas kekasih kepada Malik iaitu Gigi Hadid tentang perkara tersebut.
Tidak menunggu lama, Hadid akhirnya bersuara dan memberitahu tidak mempunyai masalah jika bekas kekasihnya itu memutuskan untuk dekat dengan wanita lain.
“Saya tiada masalah jika dia (Zayn) mahu bercinta dengan wanita lain. Itu adalah haknya,” kata Hadid kepada majalah Elle.
Kakak kepada Bella Hadid itu cuma berharap agar Zayn Malik tidak mengabaikan dan melupakan anak perempuannya walaupun sudah bertemu dengan kekasih baharu.