fbpx

Enggan ulas lanjut, Sam minta tanya Aida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAM Bunkface ketika hadir di mahkamah hari ini.

SHAH ALAM – “Apa-apa tanya Aida.”

Demikian respons vokalis kumpulan Bunkface, Sam yang enggan mengulas lanjut berhubung perbicaraan pindaan bayaran nafkah anaknya, Maleeq, 7, yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini hari ini.

Selaku plaintif, Sam atau penuhnya Shamsul Anuar Baharom, 35, berkata, dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan kes perbicaraan sedang berlangsung.

“Sebenarnya hari ini tak boleh beri sebarang komen sebab kenyataan yang keluar sebelum ini meliputi semuanya termasuk kes nafkah.

“Sekarang ini kes nafkah going well (sedang berjalan dengan baik).

Segala info saya sudah berikan sebelum ini. Kalau ada apa-apa (persoalan) tanya Aida,” katanya kepada Kosmo! Online yang hadir ditemani oleh isterinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi hari ini.

Menerusi kes perbicaraan hari ini, Sam diwakili peguam syarie, Liyana Sihar.

Liyana juga memohon semua pihak menghormati prosedur mahkamah agar tidak mencetuskan sebarang salah faham dalam kalangan masyarakat.

“Kes sedang berjalan, dan kita hormatlah prosedur mahkamah. Cuma, kita minta semua pihak menghormati pihak yang lain sebab kes ini dah lama berjalan sebenarnya.

“Jadi, beri peluang kepada semua pihak supaya tidak timbul salah faham,” ujarnya.

Sementera itu, bekas isterinya yang juga selaku defendan, Aida Azira Husin, 36, yang diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz Hood pula menolak untuk memberi sebarang kenyataan dan bergegas keluar dari pekarangan mahkamah.

Difahamkan, Aida akan memberi kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan dalam tempoh terdekat.

Perbicaraan seterusnya dijangka berlangsung pada 16 Mei depan di lokasi sama.

Semalam, Sam menerusi satu hantaran Instagram menegaskan tidak pernah langsung mengabaikan tanggungjawab dan nafkah anak walaupun sebulan.

Dedahnya lagi, dia juga memberitahu Maleeq juga kini dijaga oleh ibu Aida di Melaka sekaligus mempersoalkan jumlah nafkah yang perlu dibayar iaitu berjumlah RM1,300 sebulan.

Terdahulu, pada 28 Mac lalu Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.

Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi terbabit, selain meminta bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI