fbpx

Empat Ahli Parlimen diarah keluar Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiga Ahli Parlimen masing-masing Datuk Awang Hashim (PN-Pendang), Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) diarah keluar Dewan Rakyat pagi ini.

Ia ekoran kekecohan yang berlaku apabila Awang mendakwa Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berbohong mengenai keluasan tanah rizab di Kedah.

“Menteri kalau tiada maklumat jangan bercakap, jangan bohong dalam dewan (Dewan Rakyat). Mengelirukan dewan, tarik balik dan mohon maaf mengatakan Kerajaan Kedah paling banyak hilang tanah rizab Melayu,” kata Awang.

Keputusan keluar Dewan Rakyat itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong selepas Awang enggan menarik balik perkataan `bohong’ yang dianggap sebagai sangkaan jahat.

Shahidan pula diarahkan keluar Dewan Rakyat oleh Alice kerana enggan menarik balik perkataan ‘penyamun’ kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Seorang lagi Ahli Parlimen, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN – Besut) diarah keluar kerana beliau hanya dibenarkan masuk semula ke Dewan Rakyat pada Selasa selepas digantung selama tiga hari sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI