fbpx

Dua wanita maut Myvi bertembung lori treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan di Jalan Rompin Lama berhampiran kolam udang di Pekan hari ini.

PEKAN – Dua wanita maut selepas kenderaan jenis Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Rompin lama berhampiran dengan kawasan kolam udang di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang merupakan kakitangan Jabatan Perangkaan dalam perjalanan dari Kuantan ke Rompin bagi melakukan bancian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian melibatkan kereta dan lori treler yang dipercayai bertembung.

“Terdapat dua perempuan dewasa yang tersepit di dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori treler selamat.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI