fbpx

Citizens akan terus cabar pendahulu liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA sifatkan kemenangan 4-1 ke atas Liverpool merupakan persembahan terbaik City sejak tujuh tahun mengemudi pasukan itu di Stadium Etihad

MANCHESTER – Manchester City nampaknya masih belum berputus asa mencabar kejuara­an Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan 4-1 ke atas Liverpool pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad malam kelmarin.

Walaupun ketinggalan 0-1 hasil jaringan Mohamed Salah, namun The Citizens bangkit dengan empat gol menerusi Julian Alvarez, Kevin De Bruyne, Ilkay Gundogan dan Jack Grealish bagi mendapatkan tiga mata berharga.

Pengurus City, Pep Guardiola berkata, kemenangan tersebut merupakan aksi terbaik pernah disaksikan sepanjang tujuh tahun beliau mengendalikan pasukan tersebut selepas meninggalkan Bayern Munich pada 2016.

“Sejak minit pertama hingga minit ke-93, City menampilkan aksi cukup sempurna. Walaupun kami melepaskan satu gol, namun secara keseluruhan, saya gembira kerana ini adalah aksi terbaik dalam tempoh tujuh tahun saya di sini.

“Semua pemain tahu mereka bermain baik hari ini (kelmarin). Menuju waktu rehat dengan kedudukan 1-1, kami ada berbincang dalam bilik persalinan dan berjaya jaringkan gol kedua sebaik sahaja separuh masa kedua bermula,” katanya.

Bekas jurulatih Barcelona itu percaya City memiliki kelebihan dalam perebutan takhta liga kerana menganggap pendahulu, Arsenal masih belum membiasakan diri dengan status mereka pada ketika ini.

“Kami perlu kejar Arsenal dalam perebutan liga dan mereka tidak pernah berada dalam situasi sebegini sebelum ini. Apa yang penting sekarang adalah kami perlu kekalkan aksi konsis­ten sehingga ke hujung musim,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI