fbpx

Bapa rayu bawa anak pulang di penjara Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamaluddin berharap ada keajaiban supaya anak perempuannnya segera pulang ke Malaysia.

SEREMBAN – Kasih sayang seorang bapa masih utuh dan berharap ada keajaiban supaya anak perempuannnya segera pulang ke Malaysia selepas dipenjarakan di Nepal atas kesalahan mengedar dadah, lapan tahun lalu.

Jamaluddin Malek, 72, berkata, walaupun hidup susah dia tidak pernah berputus asa mencari dana untuk melawat anak sulungnya, Marina Jamaluddin, 44, yang kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Nepal.

Marina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Nepal ketika dalam perjalanan ke Itali melalui Kathmandu, Nepal selepas didapati cuba menyeludup kokain seberat 11 kilogram yang disembunyikan di dalam komputer riba.

Jamaluddin yang hanya bekerja kampung berkata, pada 15 Februari lalu dia ditemani anak lelakinya Saifuddin Jamaluddin, 32, berpeluang melawat Marina di Nepal dengan kos keseluruhan RM2,000 yang dikumpul.

Menurut Jamaluddin, anaknya yang menghidap asma kelihatan kurus dan memerlukan wang kerana segala kos makan dan minum serta perubatan di dalam penjara perlu ditanggung sendiri.

“Makanan di sana semunya tidak halal. Jadi ada ketikanya saya akan pos makanan kering kepada Marina seperti biskut dan mi segera.

“Kalau ada duit lebih, saya akan hantar kepada Marina kerana jika tidak, kehidupan dia di dalam penjara lagi susah,” katanya ketika ditemui di Seremban baru-baru ini.

Mengimbau semula kejadian, Jamaluddin berkata, sebelum ini Marina bekerja sebagai seorang jururawat pada masa sama ke Nepal bersama suami dan anak atas urusan perniagaan barangan kulit yang dijalankan sebelum ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Nepal atas kesalahan mengedar dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI