fbpx

Angkat sumpah Exco Melaka pada Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF mengimbas mesin perakam waktu di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, Melaka, hari ini. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Rabu ini selepas senarai nama yang dicadangkan dipersetujui Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ketika ini senarai nama tersebut masih belum dapat diserahkan kepada Mohd. Ali susulan beliau masih berada di luar negara.

Menurutnya, senarai Exco baharu itu yang mencerminkan Kerajaan Perpaduan seperti di peringkat Persekutuan dan telah dibincangkan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Seperti mana yang saya janjikan senarai nama akan dilengkapkan dalam tempoh 48 jam tetapi angkat sumpah akan diadakan pada Rabu ini.

“Saya telah berunding dengan Presiden UMNO semalam dan senarai ini akan persembahkan kepada Mohd. Ali untuk diperkenankan setelah beliau pulang dari luar negara,” katanya kepada pemberita selepas mengimbas mesin perakam waktu di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada komposisi parti politik itu turut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH), Ab. Rauf memberitahu ia akan dimaklumkan kemudian.

“Portfolio ini saya dah kata cantik dan menarik, kalau saya beritahu awal nanti tidak seronok.

“Barisan baharu ini akan mengimbangi pentadbiran kerajaan negeri serta mengambil kira pendekatan seperti di peringkat Persekutuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI