fbpx

1,880 doktor kontrak tidak mogok di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kelihatan tenang dan tiada berlaku kesesakan.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri berterima kasih dengan komitmen ditunjukkan 1,880 pegawai perubatan lantikan kontrak Gred UD41 dan UD43 yang berkhidmat di 24 fasiliti kesihatan seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, tinjauan pihaknya mendapati perkhidmatan kesihatan awam di negeri ini berjalan lancar dengan bilangan pegawai perubatan yang tidak hadir bertugas kerana bercuti adalah terkawal.

“Terdapat 1,880 Pegawai Perubatan Lantikan Kontrak Gred UD41 dan UD43 yang bertugas di 24 fasiliti kesihatan melibatkan 113 pegawai perubatan di klinik kesihatan dan 1,767 lagi di 12 hospital.

“Pemantauan mendapati perkhidmatan merawat pesakit di klinik kesihatan dan hospital serta semua prosedur elektif berjalan lancar seperti biasa.

“Pemantauan juga mendapati tiada berlakunya perarakan kecil atau demonstrasi awam di mana-mana fasiliti kesihatan kerajaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tian Soon memberitahu, Ketua Pusat Tanggungjawab akan meneruskan pemantauan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pesakit di klinik atau hospital berjalan lancar.

“Segala permasalahan pasti ada sjalan penyelesaian adan mogok bukan solusi terbaik,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memohon agar kabinet mewujudkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi menggabungkan beberapa kementerian dan agensi termasuk bagi menangani isu doktor kontrak ini dengan segera,” tambahnya lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI