fbpx

‘Siapa kata kejadian ‘petik cili’ alasan saya minta cerai?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID dan Diana hari ini hadir ke mahkamah bagi prosiding sulh.

PETALING JAYA – Pelakon Diana Danielle memberitahu insiden anak keduanya, Aurora didenda Farid Kamil kerana memetik cili jiran mereka bukan penyebab utama dia memfailkan perceraian ke atas lelaki itu.

Membalas semula kenyataan Farid yang ditemu bual dalam program Melodi hari ini, Diana menerusi hantarannya dalam Instagram berkata, dia memberitahu hasratnya untuk bercerai, dua hari sebelum kejadian ‘petik cili’ itu berlaku.

Malah, wanita itu juga memberitahu Farid bahawa dia sudah pun memfailkan perceraian di mahkamah dan mendapat maklum balas ‘sinis’ daripada suaminya.

“Siapa kata kejadian petik cili alasan untuk saya meminta cerai? Saya bertanya tentang hal perceraian dua hari sebelum kejadian ‘petik cili’.

“Dia tahu, bukan tidak tahu. Saya beritahu sudah pun memfailkan perceraian dan dia jawab teruskanlah.

“Secara faktanya, dia juga suruh untuk percepatkan (proses perceraian). Sekarang berpura-pura keliru?” ujar Diana.

Kata Diana lagi, tanggungjawab (suaminya) merupakan sebab berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) antara mereka.

Bahkan, kejadian ‘petik cili’ oleh Aurora pula membuatkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu berasa takut dengan bapanya (selepas didenda).

“Kamu semua mahu saya memaksanya (berjumpa Farid) untuk buat semua orang gembira? Pagi tadi, Muhammad (anak sulung mereka) bertanya jika tahun ini dia boleh balik beraya di Kedah (kampung bapanya).

“Tapi apa yang Aurora jawab? Adakah dia perlu ikut sama? Aurora berusia lapan tahun dan dia boleh berfikir sendiri.

“Dia ada perasaan dan mengambil masa seminggu untuk berhenti menangis setiap kali kami sebut nama bapanya dan kejadian tersebut. Jika anda fikir kejadian itu (didenda) adalah kecil, itu masalah kamu. Anda tidak boleh nafikan apa perasaan Aurora,” jelas Diana.

Jelas pelakon drama She Was Pretty itu lagi, jika kejadian yang berlaku itu dianggap kecil, Farid seharusnya memberikan kerjasama kepada pihak polis yang datang ke rumah mereka untuk membawanya dan anak-anak keluar.

Namun, sebaliknya berlaku apabila Farid enggan membuka pintu rumah sehingga memaksa polis mengetuk pintu selama sejam.

“Farid boleh jadikan kejadian ini nampak kecil, tapi apa yang saya lihat pada hari itu bukan kecil. Jika kecil, kenapa bila saya telefon pihak polis untuk datang ambil kami di rumah, dia tidak membuka pintu selepas diketuk.

“Polis ketuk selama sejam, menunggu saya membawa anak-anak keluar ikut pintu depan,” jelasnya.

Terdahulu, Farid memberitahu hanya mendapat kebenaran bertemu anak sulungnya, Muhammad disebabkan anak bongsunya, Aurora dikatakan isterinya masih trauma.

Jelas pelakon dan pengarah berusia 42 tahun itu, insiden terbabit berpunca daripada denda yang dikenakannya terhadap Aurora kerana memetik cili jiran tanpa kebenaran. Bagaimanapun hukuman denda yang dikenakan itu tidak disenangi oleh isterinya.

“Saya dapat surat peguam pihak sana kata saya tak dibenarkan jumpa anak di rumah. Saya cuma dapat jumpa Muhammad, Aurora tidak bersedia untuk jumpa kerana dikatakan masih trauma dengan insiden petik cili.

“Apa yang dimaksudkan adalah insiden petik cili dan Diana kena jelaskan betul-betul pada saya dan semua orang,” katanya dalam program Melodi yang bersiaran hari ini.

Semalam, pelakon Anwar: The Untold Story itu berkongsi video dia memperuntukkan masa bersama Muhammad, 10, di Masjid Negara selepas memaklumkan hampir sebulan tidak dapat peluang tersebut.

Begitupun, tidak kelihatan kelibat anak perempuannya, Auroa keluar bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI