fbpx

Saya sendiri menangis, jahatnya Salina – Rita Nadira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KURANG serasi dengan watak 'air mata', Rita mengakui dia terpaksa mengambil sedikit masa sebelum benar-benar berhasil menyelami watak Salina dalam telefilem Saat Hilang Cintamu.

KUALA LUMPUR – Memainkan karakter isteri derhaka bermain kayu tiga dengan lelaki lain dalam telefilem fenomena, Saat Hilang Cintamu, pelakon dan model Rita Nadira tidak menyangka karya tersebut mendapat sambutan hebat daripada peminat.

Nadira, 26, mendedahkan, ketika membaca skrip cerita yang dibangunkan penulis, Lee Chonz itu, dia menangis kerana sangat tersentuh dengan jalan ceritanya.

“Waktu saya baca skrip, memang sangat-sangat ‘best’. Selesai baca, memang selepas itu, saya menangis. Jahatnya karakter Salina.

“Saya sendiri terfikir, ‘jahatnya, kenapa dia buat suami dia begitu’. Sebab suami Salina sangat baik.

“Alhamdulillah, orang terima cerita tersebut. Bila telefilem itu ditayangkan, ramai yang luahkan mereka alami kisah yang sama dalam kehidupan realiti,” katanya kepada Kosmo! Online.

Selesa membawakan watak antagonis sejak memulakan langkah dalam bidang lakonan, Nadira bagaimanapun berkata, watak ‘air mata’ bukanlah kepakarannya.

“Saya selesa membawakan watak antagonis sebab memang dari dulu, saya dikenali dengan jenis watak tersebut.

“Jadi, bila saya nak bawa watak baik, kekok sikit. Ambil masa sebenarnya. Watak air mata bukan jiwa saya sebenarnya.

“Watak Salina dalam Saat Hilang Cintamu, pada mulanya, dia memang baik. Tiada apa-apa masalah dengan suami (Razil) yang dijayakan Zamarul Hisham.

“Sepatutnya Salina jadi ‘baik sikit’. Dia minta cerai sebab kasihankan suami. Kalau ikut skrip begitu jadinya. Apapun, saya sendiri tak sangka cerita ini meletup sampai jadi viral dalam TikTok,” kata Nadira.

Telefilem Saat Hilang Cintamu arahan Rahila Ali diadaptasi daripada kisah benar seorang lelaki tua berusia 70 tahun di Perlis.

Kesetiaannya terhadap isteri begitu agung dan hingga saat ini, setiap hari lelaki tua itu akan menziarahi kubur isterinya demi melepaskan rindu yang bersarang dalam kalbu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI