fbpx

Rajuk, Azizul Ammar nak berhenti jadi artis?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMMAR kelihatan seronok berniaga di bazar Ramadan dan mendapat sokongan daripada rakan-rakan artis.

KESAN tragedi ‘terlepas cakap’ oleh pelakon, pengacara dan juga pelawak Azizul Ammar beberapa tahun dahulu ketika mengacara sebuah program televisyen nampaknya telah meninggalkan kesan buat dirinya sehingga ke hari ini.

Bukan sudah bukan rezeki Ammar untuk terus menyinar sebagai seorang selebriti serba boleh, gara-gara terpalit dengan isu yang dianggap sensitif itu.

Terbaharu, Diva terbaca kapsyen Ammar apabila memberitahu seakan-akan mahu mengundurkan diri daripada menjadi seorang artis, kerana susah nak dapat tawaran berlakon.

“Mungkin slow-slow (perlahan-lahan) aku boleh undur diri dari benda yang aku sayang (berlakon),” tulis Ammar dalam Instagram miliknya.

Seakan-akan bunyi sudah merajuk dengan industri. Kata Ammar, disebabkan tiada tawaran berlakon selain namanya susah untuk lepas di mana-mana stesen televisyen, dia terpaksa membantu rakannya berniaga di bazar Ramadan.

Katanya, dia tidak kisah pun badannya berbau asap, tangan dipenuhi arang, bajunya kotor asalkan dapat mencari rezeki yang halal untuk keluarganya.

Luahan hati Ammar turut mendapat perhatian daripada rakan-rakan selebriti yang tidak putus-putus memberikannya kata-kata semangat untuk dia kuat dan tabah menjalani dugaan hidup.

Paling penting, Ammar tidak boleh putus asa dan perlu gigih mencari rezeki halal buat keluarganya.’

“Jangan pernah rasa malu. Teruskan berusaha. Semoga perniagaan ini menambahkan lagi rezeki buat kau sekeluarga,” ujar penyanyi Alif Satar.

“Semoga Allah beri rezeki yang banyak dan diberkati buat Ammar sekeluarga,” kata pengacara Uyaina Arshad.

“Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT buat kamu. Amin,” kata penyanyi Anuar Zain.

Tidak mengapalah Ammar. Rezeki Allah itu luas. Jika bukan dalam industri, mungkin dalam bidang lain seperti perniagaan. Diva pun mendoakan supaya Ammar terus dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus daripada Allah sempena bulan baik ini.

DIVA: Bercerai juga akhirnya Shuk!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI