fbpx

Penunggang motosikal hampir digilis treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular memaparkan seorang penunggang motosikla yang hampir dilanggar sebuah treler di Kilometer 276.2 Lebuhraya Utara-Selatan di sini.

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal hampir dilanggar oleh sebuah treler dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah motosikal di Kilometer 276.2 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya terkesan satu rakaman video berdurasi 1 minit 47 saat di aplikasi WhatsApp menunjukkan kemalangan disyaki berlaku di Nilai, di sini.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku lebih kurang pukul4 pagi, 1 April 2023 (semalam) di Kilometer 276.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dari Nilai menghala ke Seremban.

“Kemalangan dipercayai melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang oleh seorang lelaki yang telah gagal dikawal sebelum melanggar sebuah lagi motosikal yang berada di hadapannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Malik, akibat kemalangan tersebut, mangsa penunggang mosikal dipercayai jenis Yamaha Y15ZR itu telah terjatuh di lorong paling kanan dan hampir dilanggar oleh sebuah treler yang dipandu di lorong kedua dari kanan.

“Bagaimanapun, kedua-dua penunggang motosikal dan saksi kejadian masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI