fbpx

Pemuda perkosa kanak-kanak 12 tahun diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Tawau menahan seorang lelaki warga asing ekoran disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. -Foto oleh Ihsan Polis Tawau

TAWAU – Polis Tawau menahan seorang lelaki warga asing ekoran disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah sejak awal bulan ini.

Sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai menangkap suspek berusia 32 tahun berkenaan di kawasan kebun kelap sawit persendirian di Kampung Iban, Merotai Besar semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku sewaktu mangsa tinggal di kediaman suspek bermula awal bulan ini.

“Mangsa kemudiannya menghubungi saudara lain untuk membongkar perbuatan suspek dan tindakan segara sudah diambil.

“Berdasarkan maklumat diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai terus bergegas ke lokasi untuk mengesan dan menahan suspek. Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jasmin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen diri yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI