fbpx

Netizen keliru penemuan cakar misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri menemui kuku yang dipercayai mirip dinosaur velociraptor di taman hadapan rumah mereka di Wales baru-baru ini. - Foto Laura Moorcroft/Pen News

CARDIFF, Wales  – Sepasang suami isteri menyebabkan pakar-pakar haiwan keliru selepas mereka menemui cakar misteri di sebuah taman di hadapan kediaman mereka di Wales, lapor portal berita MailOnline semalam.

Laura Moorcroft dari Buckley, Flintshire berkata, dia menyangka cakar tersebut milik spesies dinosaur apabila dia dan suaminya menemuinya baru-baru ini.

Dia berkata: Saya dan suami  baru pulang dari bersiar-siar dan dia melihat cakar itu di atas rumput. Ia kelihatan seperti cakar (haiwan) prasejarah kepada kami, mungkin milik  biawak bersisik.

“Kami peminat tegar filem Jurassic Park jadi dan  menyangka ia milik spesies dinosaur,” katanya.

Berkongsi gambar cakar itu secara online, Moorcroft, 36, meminta pendapat  netizen berhubung penemuan mereka. 

Sebilangan pengguna media sosial menyatakan bahawa ia cakar ayam atau unggas, manakala sebahagian netizen berkata, cakar itu berasal daripada spesies reptilia seperti buaya, aligator atau kura-kura.

Wanita itu turut menghubungi Zoo Chester dan seorang doktor haiwan. Kedua-duanya memberitahu bahawa cakar itu berasal daripada  burung tetapi tidak bersetuju tentang spesiesnya.

“Seorang berkata bahawa ia seperti cakar burung kuang dan yang lain ia cakar ayam belanda. Jadi, ia masih menjadi misteri. Saya paling suka tekaan kami ialah ia adalah velociraptor (dinosour kecil). Saya suka bahawa terdapat orang yang mempunyai pemikiran sama,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI