SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya mengutip tiga mata ketika menentang Kelantan FC di laman sendiri malam tadi.
Perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu berakhir dengan keputusan 4-2.
Jaringan pertama NSFC melalui sepakan penyerang, Mahali Jasuli pada minit ke-15.
Pada minit ke-35, Kelantan FC menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti yang dibuat oleh Ismaheel Akinade.
Dua minit selepas itu NSFC berjaya menjarakkan kedudukan melalui tandukan Herold Mark Goulon.
Separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa tiga minit.
Kelantan FC menyamakan kedudukan melalui tandukan Ismaheel pada minit ke-52.
Pada minit ke-75, NSFC memperoleh gol ketiga hasil jaringan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi.
Gol keempat NSFC berjaya dihasilkan oleh Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-88.
Perlawanan yang disaksikan 1,885 orang penonton itu tamat selepas tambahan masa lima minit. – KOSMO! ONLINE