fbpx

Lebih 1.9 juta orang guna perkhidmatan bas minggu pertama Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 1.9 juta orang menggunakan perkhidmatan bas dalam minggu pertama Ramadan tahun ini di Mekah. - Foto Saudi Gazette

MEKAH  – Suruhanjaya Diraja untuk Mekah dan Tempat Suci memaklumkan bahawa lebih 1.9 juta orang telah menggunakan perkhidmatan bas di kota suci berkenaan pada minggu pertama bulan Ramadan, lapor portal berita Saudi Gazette semalam.

Suruhanjaya itu juga berkata, purata penumpang harian bas di Mekah adalah kira-kira 271,000  orang, manakala purata penggunaan harian pula sekitar 4,400 perjalanan.

Bagi jumlah perjalanan pada minggu pertama Ramadan, ia merekodkan lebih 31,000 perjalan.

Projek Bas Mekah adalah merupakan salah satu inisiatif Program Khidmat Tetamu Tuhan.

Ia dikendalikan melalui 438 stesen hentian dan sebanyak 400 bas yang menghubungkan kawasan tengah dan Masjidil Haram dengan beberapa lokasi penting lain di Mekah. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI