fbpx

Hubungan Malaysia, China akan terus disemarakkan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika lawatan rasmi di Beijing selama tiga hari.

PETALING JAYA – Hubungan antara Malaysia dan China akan terus disemarakkan terutamanya di lapangan perdagangan dan ekonomi melalui Inisiatif Jalur Sutra Baru (Belt and Road Initiative, BRI) demi manfaat bersama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, sambutan dan tumpuan yang diterima ketika kunjungannya ke Beijing baru-baru ini dianggap satu perkembangan sangat positif.

“Acara rasmi di Beijing ini adalah sebahagian daripada upaya untuk menyegarkan kembali hubungan antara kedua-dua negara sahabat di era pasca-pandemik.

“Sambutan dan tumpuan yang diterima hebat dan luar biasa. Kunjungan ini ternyata memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, Anwar turut mengucapkan tahniah untuk semua pihak yang terlibat dengan acara lawatan rasmi tersebut.

“Sekalung tahniah terutamanya pihak kedutaan Malaysia di Beijing dan pihak media tempatan yang komited dan berdedikasi menjayakannya demi rakyat dan negara tercinta,” katanya.

Terdahulu, Anwar yang berlepas dari Hainan selepas menghadiri Forum Boao Untuk Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) tiba dengan menaiki sebuah pesawat dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital Khamis lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra, ini juga merupakan kunjungan sulung Anwar ke China sejak menyandang ketua kerajaan Malaysia ke-10 dan turut menjadi pemimpin luar pertama berjumpa Perdana Menteri China, Li Qiang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI