fbpx

Dr. Rafidah minta Khairul Aming sedia resipi sihat, kurang minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video masakan Khairul Aming menerusi resepi sambal hijau bilis dan telur dadar.

PETALING JAYA – Khairul Aming yang menjadi fenomena dalam dunia masakan maya lebih-lebih lagi di bulan Ramadan, ditegur Pakar Perubatan, Dr. Rafidah Abdullah.

Menerusi ciapan di Twitter, Dr. Rafidah meminta supaya pempengaruh popular tersebut menyediakan resipi sihat kepada orang ramai.

Komen itu dibuat menerusi perkongsian video masakan Khairul Aming menggunakan resipi sambal hijau bilis dan telur dadar untuk puasa hari kesembilan.

“Salam Khairul Aming, saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni.

“Goreng is not good (adalah tidak bagus). Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. Terima kasih,” katanya.

Orang ramai ada yang bersetuju dengan pendapat Dr. Rafidah, malah tidak kurang juga yang tidak senang dengan pendekatan tersebut.

“Setuju kena makan sihat. Tapi tak boleh la letak semuanya dekat KA. Hari tu ada yang suruh dia masuk politik sekarang krg nak dia jadi dietitian ke? Let him be (biarlah dia) content (kandungan) dia semua okey saja. Pencipta kandungan untuk diet dah ada, kita saja yang kena pilih nak mana,” komen Ked.

“Dia ni doktor. Prihatin dengan kesihatan rakyat Malaysia. Dia mesti tahu statistik penyakit di Malaysia ni apa, tinggi ke rendah sebab itu dia tegur. Yang ditegur Khairul Aming, yang gelabah warganet,” ujar Rain pula.

“Tak adil la mcm ini Dr. Sembang tentang masalah rakyat Malaysia ini, pernah Dr. tinjau kafeteria-kafeteria hospital kerajaan jual makanan yang bagaimana? Kalah tahap minyak dan gula dalam makanan KA ini. Kalau kafeteria hospital sendiri tak boleh sajikan makanan sihat jangan hukum orang awam,” ulas seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI