PETALING JAYA – Cuaca diramalkan cerah pada pagi ini hampir di seluruh negara.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laporannya berkata, hujan hanya berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung melibatkan Kedah dan Pulau Pinang pagi ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka hanya berlaku di negeri Kedah (Yan dan Kuala Muda) dan Pulau Pinang sehingga pukul 12 tengah hari.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE