fbpx

Beri sedikit masa – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA memohon diberi ruang sebelum bersedia memberi maklum balas berhubung pendedahan ibunya tentang kehadiran orang ketiga.

PETALING JAYA – Berdepan pendedahan ibunya, Datin Fauziah Sarman mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga atau ‘penyondol’, penyanyi Shila Amzah memohon sedikit masa sebelum sedia mengulas perkara tersebut.

Pengurus peribadinya, Aini Shuhaidah berkata, penyanyi itu meminta maaf tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hantaran media sosial yang dibuat ibunya.

“Saya Aini pengurus peribadi kepada Shila. Minta maaf banyak-banyak, Shila tak dapat memberi apa-apa kenyataan buat masa sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menerusi maklum balas dalam aplikasi WhatsApp, Aini memaklumkan Shila juga memohon diberikan ruang dalam menghadapi waktu sebegini.

“Beri Shila sedikit masa ya,” katanya ringkas.

Tambah Aini lagi, keadaan penyanyi Patah Seribu itu juga dalam situasi yang baik.

Terdahulu, isteri kepada penyanyi dan pelakon lelaki era 1980-an, Datuk ND Lala itu seakan-akan meleraikan gosip berkenaan kehadiran pengganggu perkahwinan yang dibina sejak 35 tahun lalu menerusi satu pendedahan terbuka dalam media sosial.

Fauziah menerusi hantaran Instagram memuat naik sekeping gambar hitam putih seorang wanita bersama kapsyen yang mengundang persoalan.

“Penyondol. Siti Munirah Abdul Ghani ndlalaofficial,” tulisnya.

Rata-rata ingin mendapatkan penjelasan sama ada wanita terbabit adalah ‘madunya’, namun hingga kini tiada respons daripada Fauziah.

Lebih menimbulkan persoalan apabila tiada lagi gambar ND Lala atau foto berdua dengan suaminya itu dalam Instagramnya.

Sementara itu, daripada sumber difahamkan, Siti Munirah merupakan rakan sekolah Shila, selain didakwa kerap berkunjung ke kediaman mereka.

Lebih meyakinkan ada sesuatu tidak kena sedang berlaku, apabila Shila menerusi Instagramnya pernah menyiarkan kenyataan sedang mencari seorang wanita bernama Siti Munirah yang merupakan rakan sekolahnya.

Tiada maklumat terperinci diberikan, Shila sekadar menjelaskan ada urusan hidup atau mati yang perlu diselesaikan dengan individu terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 1980-an dikatakan bernikah lagi secara rahsia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI