fbpx

Ahli politik, NGO mahu hadir program di sekolah perlu kelulusan KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga IPG Perlis tidak melepaskan peluang bergambar bersama Fadhlina (duduk tiga dari kanan) di dewan institusi pengajian itu, malam tadi.

KANGAR – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah menghalang mana-mana individu termasuk ahli politik pembangkang menghadiri program di sekolah, namun perlu mengikut garis panduan dikeluarkan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian pada Februari lalu mengeluarkan tatacara atau garis panduan iaitu mana-mana individu, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin memasuki premis pendidikan tersebut perlu mendapat kelulusan KPM.

“Proses tersebut telah pun diperincikan dalam garis panduan tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023 (SPI 4/2023) termasuk kebenaran mesti diperoleh dalam tempoh 30 hari sebelum menghadiri sesuatu program itu.

“Dalam garis panduan ini perlu dinyatakan siapa menjemput dan siapa yang ingin masuk ke sekolah tersebut itu mesti mengemukakan permohonan serta mesti ada perincian objektif, program, tujuan program dan apa impak kepada program,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai arahan menghalang ahli politik pembangkang menghadiri sesuatu program di sekolah.

Terdahulu beliau menghadiri majlis iftar bersama hampir 1,000 guru dan bakal guru selain mengumumkan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM300,000 kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis di institut itu di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI