fbpx

7 pusat pelacuran beroperasi ketika Ramadan diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan sewaktu Operasi Tindakan Khas Premis Berisiko di sekitar Jalan Petaling, kelmarin. - Foto Facebook DBKL

KUALA LUMPUR – Tujuh pusat pelacuran yang beroperasi ketika bulan Ramadan diserbu dalam Operasi Tindakan Khas Premis Berisiko di sekitar Jalan Petaling, di sini, kelmarin.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantarannya di Facebook berkata, operasi pada pukul 9 malam itu dijalankan bersama polis susulan risikan di beberapa lokasi titik panas sekitar ibu negara.

“Pihak DBKL mengenal pasti premis-premis perniagaan yang menawarkan aktiviti seks dan pelacuran membabitkan wanita warga asing.

“Tujuh premis diserbu penguat kuasa DBKL manakala polis menahan empat wanita Bangladesh selain India (satu) dan Indonesia (satu) disyaki bekerja sebagai pelayan seks,” kata dalam kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, 16 lelaki termasuk dua warga tempatan disyaki penjaga premis ditahan bersama 14 warga asing dipercayai pelanggan di premis terbabit.

Penguat kuasa DBKL melakukan pemeriksaan sewaktu Operasi Tindakan Khas Premis Berisiko di sekitar Jalan Petaling, kelmarin. – Foto Facebook DBKL

Menurutnya lagi, semua premis terbabit diarah tutup serta-merta mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan turut dikenakan notis kompaun.

“DBKL mengambil tindakan memecahkan 85 bilik yang dibina tanpa kelulusan serta menyita 212 pelbagai barangan dan peralatan dipercayai bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Antaranya, kondom, minyak pelincir, tisu basah, kipas dinding, kamera litar tertutup (CCTV) yang dibawa ke Stor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI