fbpx

462 peminjam PTPTN layak terima bantuan RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (dua,kanan) menyerahkan Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin di Masjid Al-Malik Khalid, USM hari ini.

GEORGE TOWN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengagihkan sumbangan kewangan berjumlah RM231,000 kepada 462 mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) yang kurang berkemampuan menerusi program Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin.

PTPTN dalam kenyataannya berkata, pelaksanaan program dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan USM itu bagi memastikan penerima adalah daripada kumpulan sasaran yang layak.

“Bantuan kewangan sebanyak RM500 secara ‘one off’ akan disalurkan ke dalam akaun bank mahasiswa.

Diharapkan inisiatif ini memberi sinar kepada para mahasiswa untuk terus mencipta kejayaan hebat dalam akademik dan sahsiah, sekali gus menjadi kebanggaan ibu dan ayah,” katanya.

Majlis Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin kepada mahasiswa telah diadakan di Masjid Al-Malik Khalid yang disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI