fbpx

1,003 barangan keperluan diberikan potongan harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (tengah) menyerahkan baucar Rahmah Pasaraya Econsave kepada penerima di Pasaraya Econsave Yong Peng, Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Sebanyak 1,003 jenis barang-barang keperluan dapur dan harian diberikan potongan harga antara tiga hingga 50 peratus di Pasaraya Hyper Econsave di seluruh negara bermula 1 Mac lalu hingga 30 April akan datang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, penurunan harga seperti ini memberikan kesan sangat besar kepada kemampuan rakyat untuk berbelanja sebagai persiapan menyambut kedatangan lebaran nanti.

Katanya, pemain industri juga sudah memberikan jaminan kepada pihaknya untuk memberikan harga terbaik kepada orang ramai yang semestinya tidak akan membebankan.

“Hasil daripada taklimat diterima, semua barang-barang keperluan yang berhadapan masalah kekurangan bekalan sebelum ini juga sudah pulih sepenuhnya.

“Tinjauan juga mendapati pemain industri ‘hyper’ juga mampu menurunkan harga bekalan lebih rendah daripada harga siling ditetapkan,” katanya.

Salahuddin berkata demikian ketika hadir dalam Program Edaran Bubur Lambuk dan Agihan Baucar Rahmah di Pasaraya Econsave Yong Peng di Batu Pahat hari ini.

Ujarnya, sokongan daripada pemain industri pada ketika ini amat menggalakan dan semakan juga mendapati tiada peniaga yang menjual barang-barang kawalan seperti ayam yang melebihi harga siling.

Sebelum itu, seramai 100 buah keluarga yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini menerima Baucar Rahmah bernilai RM200 untuk membeli barang-barang keperluan di Pasaraya Econsave Yong Peng ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI